Kata Ganda

Assalamualaikum wbt.

Sempena tempoh perintah kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19, Pdpc kita kemungkinan akan ditangguhkan selama 2 minggu. Bagi tidak membuang masa, pelajar digalakkan memanfaatkan masa yang ada dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Oleh itu, sesi Pdpc secara maya dilihat sangat sesuai digunakan buat masa ini.

Sesi Pdpc secara maya pada kali ini akan mengupaskan tajuk berkaitan Kata Ganda. 

Untuk maklumat lanjut, sila tonton video berikut :





KATA GANDA

Kata ganda ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda terbentuk daripada kata yang digandakan 
sebahagian atau keseluruhan.

JENIS KATA GANDA

Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : 
      • Kata ganda seluruh
      • Kata ganda separa
      • Kata ganda berentak/berima
      • Kata ganda berimbuhan

KATA GANDA SELURUH

  • Contoh kata ganda seluruh  iaitu: 
KATA NAMA
KATA KERJA
KATA ADJEKTIF
Buku-buku
Pusing-pusing
Cantik-cantik
Murid-murid
Geleng-geleng
Panjang-panjang
Meja-meja
Gelak-gelak
Merah-merah


  • Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.
PENGANDAAN
MAKNA JAMAK
MAKNA TUNGGAL
Api-api
Banyaknya api
Sejenis serangga
Kuda-kuda
Banyaknya kuda
Kayu penyangga
Anak-anak
Banyaknya anak
mainan

Contoh Ayat:

  1. Mata-mata  itu sedang mengawal persimpangan jalan.
  2. Ular sawa itu menelan  bulat-bulat  seekor anak kambing.
  3. Pelajar itu rajin-rajin  belaka.


KATA GANDA SEPARA

  • Kata dasar mengalami pengulangan suku kata pertama. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf  e .Contoh :


KATA DASAR
KATA GANDA
KATA GANDA SEPARA
Layang
Layang-layang
Lelayang
Kuda
Kuda-kuda
Kekuda
Tupai
Tupai-tupai
Tetupai
Siku
Siku-siku
Sesiku
Bola
Bola-bola
Bebola
Jari
Jari-jari
Jejari
Langit
Langit-langit
Lelangit

Contoh Ayat:

  1. Ramai tetamu  datang ke majlis hari lahirnya.
  2. Gegendang  telinganya pecah.
  3. Bantalnya diisi dengan kekabu.
KATA GANDA BERENTAK

Contoh Ayat:

  1. Kuih-muih tehidang di atas meja.
  2. Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok.
  3. Rambutnya kusut-masai akibat ditiup angin.

KATA GANDA BERIMBUHAN

  • Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran.  Contoh :

IMBUHAN
CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN
Awalan
Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat
Apitan
Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
Sisipan
Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap
Akhiran
Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan


Comments