Bank soalan
Tatabahasa
Ujian Diagnostik
Soalan 1 hingga Soalan 8Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. | |||
1 | Sudah _________ tahun lamanya, Pak Rahim bekerja di Belanda. | ||
A | berpuluh | ||
B | berbulan-bulan | ||
C | berpuluh-puluh | ||
D | berminggu-minggu | ||
2 | _____________ remaja terlibat dengan gejala sosial kerana kurang perhatian daripada ibu bapa. | ||
A | Suku | ||
B | Separuh | ||
C | Setengah | ||
D | Sesetengah | ||
3 | Polis telah berjaya menangkap ____________ orang penjenayah yang sangat dikehendaki itu. | ||
A | kedua | ||
B | dua-dua | ||
C | kedua-dua | ||
D | kedua-kedua | ||
4 | Baju pengantin itu dibuat ____________ kain yang bermutu tinggi. | ||
A | daripada | ||
B | sejak | ||
C | dalam | ||
D | dari | ||
5 | Janganlah mudah percaya _________ berita yang tidak tentu kesahihannya. | ||
A | akan | ||
B | kepada | ||
C | dengan | ||
D | tentang | ||
6 | Untuk mengatasi masalah kekurangan air di kawasan tersebut, air telah _________ oleh pihak berkuasa. | ||
A | dicatu | ||
B | dikawal | ||
C | dihadkan | ||
D | dibahagikan | ||
7 | Malek Maidin ____________ nama sebagai lelaki pertama dari Asia Tenggara yang berjaya merenangi Selat Inggeris. | ||
A | mengukir | ||
B | menempa | ||
C | menempah | ||
D | membentuk | ||
8 | Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengacara itu hanya untuk __________ akal para peserta. | ||
A | memikir | ||
B | mencuba | ||
C | menduga | ||
D | merancang | ||
Soalan 9 hingga Soalan 14Ayat-ayat yang dipaparkan mungkin betul dan mungkin salah. Jika ada kesalahan. Kesalahan itu telah ditanda dengan A , B atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. | |||
9 | Para-para peserta diminta berada di padang pada pukul 3.00 petang. | ||
A | Para-para | ||
B | berada | ||
C | pada | ||
D | Tiada kesalahan | ||
10 | Anda perlu menjawab semua soalan dalam masa satu suku jam. | ||
A | menjawab | ||
B | semua | ||
C | satu suku jam | ||
D | Tiada kesalahan | ||
11 | Nota itu bertukar tangan daripada Zarida ke Yusri. | ||
A | bertukar | ||
B | daripada | ||
C | ke | ||
D | Tiada kesalahan | ||
12 | Tempat itu dikhaskan oleh pelajar tahun pertama sahaja. | ||
A | dikhaskan | ||
B | oleh | ||
C | pertama | ||
D | Tiada kesalahan | ||
13 | Hasri melambai-lambaikan tangan sambil senyum kepada ibunya. | ||
A | melambai-lambaikan | ||
B | sambil | ||
C | kepada | ||
D | Tiada kesalahan | ||
14 | Helmi terbongkok mencari anak kuncinya yang hilang. | ||
A | terbongkok | ||
B | mencari | ||
C | hilang | ||
D | Tiada kesalahan | ||
Soalan 15 hingga Soalan 20Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendak menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. | |||
15 | Ribu-ribu orang penonton membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil. | ||
A | Beribu-ribu orang penonton | ||
B | Ribuan orang penonton | ||
C | Beribu orang penonton | ||
D | Ribu-ribu orang penonton | ||
16 | Para-para pemandu bas mini diingatkan agar mematuhi undang-undang jalan raya. | ||
A | Para pemandu-pemandu bas mini | ||
B | Para pemandu mini bas | ||
C | Para pemandu bas mini | ||
D | Para-para pemandu bas mini | ||
17 | Majlis perasmian bangunan sekolah itu dimulakan dengan bacaan doa. | ||
A | dimulakan akan bacaan doa | ||
B | dimulakan oleh bacaan doa | ||
C | dimulakan sebagai bacaan doa | ||
D | dimulakan dengan bacaan doa | ||
18 | Pelancong itu tanya pada saya jalan menuju ke Menara Kuala Lumpur. | ||
A | Pelancong itu bertanya pada saya | ||
B | Pelancong itu bertanya kepada saya | ||
C | Pelancong itu menanyakan pada saya | ||
D | Pelancong itu tanya pada saya | ||
19 | Razlan terima sepucuk surat daripada rakannya di Kedah Darul Aman. | ||
A | Razlan berterima sepucuk surat daripada | ||
B | Razlan menerima sepucuk surat daripada | ||
C | Razlan menerima sepucuk surat dari | ||
D | Razlan terima sepucuk surat daripada | ||
20 | Cikgu Hasimah mengajarkan bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar di sebuah sekolah antarabangsa . | ||
A | mengajarkan bahasa Melayu pada | ||
B | mengajar bahasa Melayu kepada | ||
C | mengajari bahasa Melayu kepada | ||
D | mengajarkan bahasa Melayu kepada |