Karangan Respons Terhad

Panduan Umum


  1. Hanya satu soalan dikemukakan dalam bahagian ini dan calon wajib menjawabnya.
  2. Masa yang dicadangkan untuk calon menjawab soalan ialah 15 minit.
  3. Jumalah markah yang diperuntukkan dalam bahagian ini ialah 10 markah.
  4. Panjang karangan calon hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Teknik Menjawab

  • Baca dan faham tugasan soalan.
  • Kenal pasti kehendak soalan dan teliti maklumat/ situasi/ bahan rangsangan yang diberikan.
  • Analisis bahan yang diberikan secara kritis. Fokus hendaklah diberikan kepada skop tajuk dan isu yang berkaitan dengan perkara yang ingin dibincangkan.
  • Bina rangka karangan bagi memudahkan calon menulis serta mengelakkan daripada berlakunya pengulangan isi.
  • Karangan hendaklah mengandungi pendahuluan, isi-isi penting dan penutup.
    • Pendahuluan
      • Perenggan pendahuluan mestilah membincangkan tema bahan secara khusu. Pendahuluan hendaklah ditulis dengan ringkas dan padat.
      • Contoh perenggan pendahuluan:
          Isu pencemaran alam sekitar semkain serius akhir-akhir ini. Banyak faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.

    • Isi/Idea
      • Calon hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya tiga isi / idea yang relevan dengan topik. Setiap isi / idea hendaklah disusun mengikut kepentingan.
      • Isi / idea mestilah menjawab soalan yang diberikan dan diolah dengan jelas, iaitu mengandungi fakta, huraian dan contoh.
      • Isi/idea yang kurang jelas akan menyebabkan calon mendapat markah yang rendah.
      • Contoh peranggan isi / idea:
          Selain itu, kegiatan penebangan hutan yang tidak terkawalmenjadi punca pencemaran alam. Kemusnahan hutan menyebabkan pelabagi bencana alam, seperti banjir dan tanah runtuh.
    • Penutup
      • Calon hendaklah menulis penutup karangan dalam satu perenggan.
      • Calon mestilah merumuskan tema / topik yang dibincangkan.
      • Penutup mestilah padat dan berkesan.
      • Contoh perenggan penutup:
          Kesimpulannya, semua pihak haruslah membendung masalah inisegera sebelum nasi menjadi bubur.

  • Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.
  • Calon boleh memasukkan peribahasa dalam karangan, tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan releven dengan isi / topik yang dibincangkan.
Peribahasa
Contoh
Simpulan Bahasa
Kaki bangku; Kera sumbang; ayam tambatan; otak cair; anak emas; buah tangan
Perumpamaan
·         Seperti katak di bawah tempurung
·         Genggam bara api biar sampai jadi arang
·         Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Bidalan
·         Biar putih tulang, jangan putih mata
·         Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
·         Telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya
Pepatah

·         Ditelan mati emak, diluah mati bapak
·         Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
·         Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Kata-kata hikmah / Slogan
·         Bahasa jiwa bangsa
·         Muafakat membawa berkat
·         Pandu cermat, jiwa selamat
·         Barsatu teguh, bercerai roboh





















  • Gunakan penanda wacana unutk menghubungkan ayat.
                   
Selain itu
Oleh itu
Akhirnya
Selepas itu
Di samping itu
Seterusnya
Oleh hal yang demikian
Sehubungan itu
Hal ini demikian kerana





  • Elakkan daripada melakukan kesalahan bahasa seperti kesalahan ejaan, imbuhan dan tatabahasa.
  • Gunakan kosa kata yang luas dan bahasa yang gramatis.

Comments