Imbuhan Kata Nama

Imbuhan kata nama
Imbuhan merupakan unsur penambah yang digabungkan dengan perkataan dasar. 
Pengimbuhan pula ialah proses menambah atau menggabungkan imbuhan pada kata dasar tertentu. Kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan boleh berubah kelas katanya kepada kelas perkataan lain. Contohnya:


  • makan (kata kerja) - makanan (kata nama)
  • bulat (kata adjektif) - bulatan (kata nama)
  • darah (kata nama) - berdarah (kata kerja)
  • masa (kata nama) - semasa (kata hubung)
Awalan
ke-
Awalan “ke-” boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan “ke-“. Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan “ke-” boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar:
  • penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasihketuakemudi
pe(n)-
Imbuhan awalan “pe(n)-” menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
  • alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
  • orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
  • sesuatu yang menyebabkan jadi…: pengasih, pemanis, pendingin
  • orang yang selalu atau suka…: penidur, pemalas, perokok
  • orang yang mempunyai sifat…:pemalu, pemurah, pembengis
  • milik sifat seseorang: pemuda, pembesar
  • ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
  • hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
Awalan “pe(n)-” berubah bentuk mengikut fonem pertama dalam kata dasar:

Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok.

pe-
Imbuhan awalan “pe-” (tanpa pembolehubah (n) dalam “pe(n)-“) menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan “pe(n)-“, imbuhan “pe-” hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
  • pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
  • penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit
per-
Imbuhan awalan “per-” digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan “ber-“.
Akhiran
-an
Imbuhan akhiran “-an” menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
  • benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan
  • hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan
  • tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan
  • benda kata dasar yang besar atau luas: lautan

Comments